BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PPISMP MTBIBM SEM 3

PPISMP MTBIBM SEM 3

Sri Samudera dance team

Sri Samudera dance team

Sunday, October 11, 2009

"Janji Seorang Sahabat"


JANJI SEORANG SAHABAT

BY

MOHD SHAHROL BIN MATRIMAU


“Nam kyu, saya berjanji ngan awak yang kita berdua tetap akan menjadi teman baik buat selama-lamanya… best friend forever… BFF…. Walau apapun yang terjadi kita berdua tetap kawan baik buat selamanya.” ujar Hyun Jong teman baik NamKyu sejak dari tadika lagi. Mereka mempunyai minat yang sama, menyukai kartun yang sama dan selalunya NamKyu dan Hyun Jong akan bermalam di rumah pokok tempat rahsia mereka berdua terletak di halaman belakang di antara rumah saya dan Hyun Jong. Tetapi selalunya ibu NamKyu tidak membenarkannya main di luar selalu kerana menurut ibunya badannya lemah dari kecil lagi. Doktor pun memberitahu bahawa terdapat beberapa masalah pada jantungnya.

“Ya… Betul tu… Biarlah kita menjadi teman baik buat selama-lamanya…” balas NamKyu.

Malam itu merupakan malam yang tidak akan NamKyu lupakan buat selamanya kerana pada malam itu dia dan Hyun jong berjanji untuk menjadi teman baik buat selamanya sehinggalah mereka tua dan mempunyai keluarga masing-masing. Mereka sememangnya sangat rapat. Pergi bermain bersama dan selalunya mereka akan berkongsi setiap permainan yang mereka baru beli.

Tetapi segalanya mula berubah apabila mereka memasuki zaman sekolah menengah. Janji yang dibuat bersama 5 tahun lepas kini hilang ditelan zaman sekolah menengah. Semenjak di penghujung tahun ketika mereka berada di tingkatan satu pada 3 tahun yang lepas, persahabatan yang mereka coret bersama ceritanya sudah sampai ke penghujungnya. Penghujung yang tidak Namkyu harapkan. Penghujung yang tidak dia sangka akan berlaku. Penghujung yang sangat pahit rasanya sehingga segala kemanisan persahabatan mereka hilang begitu saja. Penghujung yang tajam durinya sehingga menusuk kalbunya. Dia pun tidak tahu kenapa. Ketika di awal tahun mereka berada di tingkatan 1, mereka sering berjalan bersama sampaikan mereka pernah di kata sebagai couple dan orang selalu berkata yang mereka bagaikan belangkas tidak pernah berpisah. Persahabatan mereka tidak lebih dari itu dan yang penting mereka tahu bahawa mereka berdua hanyalah teman baik sahaja.

Sejak masuk tingkatan 1 NamKyu dapat merasakan bahawa persahabatannya bersama HyunJong akan berakhir apabila Hyun Jong mula memasuki pasukan bola sepak sekolah mereka dan dia pula memasuki kelab pancaragam. Dia memang minat dengan muzik sejak kecil lagi dan memasuki kelab pancaragam di sekolah menengah merupakan impiannya sejak dahulu lagi manakala bagi HyunJong dia sangat meminati bola sepak. Apakah gara-gara impian mereka berdua di sekolah menengah persahabatan yang mereka jalin bersama sampai ke penghujungnya? atau adakah kerana perkara lain yang membuatkan HyunJong atau NamKyu merasakan bahawa persahabatan ini sudah tiada kemanisannya lagi dan yang ada hanyalah kepahitan seperti meminum kopi di waktu pagi? Seribu satu persoalan wujud dan menyerang fikirannya. Aku mahu bertanya kepada HyunJong tetapi dia sering mengelak daripada berjumpa dengannya ketika berada di sekolah dan segala call dan smsnya tidak dibalas oleh HyunJong.

Pada masa ini NamKyu tidak mempunyai banyak masa kerana dia sibuk dengan latihan pancaragam untuk pertandingan yang akan datang dalam masa dua bulan lagi dan ditambah pula dengan kelas tuisyen setiap hari. Kalau diikutkan dia hanya dapat berehat pada hari sabtu dan ahad sahaja itu pun kalau keluarganya tidak merancang sebarang aktiviti kekeluargaan.

Pada hujung minggu yang lepas dia membuat keputusan untuk ke rumah HyunJong untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Kali ini HyunJong tidak menolak permintaannya untuk bertemu dengannya.

“HyunJong, awak apa khabar?”

“Okey jer.” jawab HyunJong dengan nada tidak sudi untuk menjawab persoalannya dan seolah-olah dia tidak hendak bertemu dengannya.

“Kenapa awak sering menjauhkan diri dari saya?”

“Kenapa awak Tanya soalan macam tu buat saya geli jelah. Awak fikir awak siapa?”

“Kenapa awak kata macam tu? Saya tak pernah pun berbuat apa-apa terhadap awak. Awak yang mula menjauhi saya sejak dari tingkatan satu lagi.”

“Ahhh… Tak kisahlah. Apa awak nak cakap dengan saya? Cepatlah! Jangan buang masa saya lagi.” jawab HyunJong dengan nada kasar sekali. Inilah kali pertama dia menggunakan nada sebegitu denganku. HyunJong sekarang tidak seperti HyunJong yang dia kenali dahulu.

“Kenapa awak berkata begitu. Kenapa awak marah-marah.”

“Suka hati saya lah. Memang benar kata mereka. Awak ni menjijikkanlah.”

Sebaik sahaja NamKyu mendengar perkataan menjijikkan sebentar tadi hatinya bagaikan ditusuk jarum yang sangat tajam dan hatinya bagaikan dibelah-belah, dicincang-cincang dengan kejam sekali. Air matanya, ditahannya daripada membasahi pipinya. Perasaan sedih yang tidak dapat digambarkannya melanda ruang hatinya. Persahabatan dahulu yang pernah dia coret bersama dengan HyunJong lenyap daripada fikirannya dan kenangan tersebut mula pudar sedikit demi sedikit sejak dari saat perkataan menjijikkan melanda ruang fikirannya. Tanpa disedari kakinya mula mengatur langkah sedikit demi sedikit. Pandangannya mula dikaburi dengan air mata jernih yang semakin membanjiri ruang matanya. Dia pergi meninggalkan HyunJong dan berlari pergi daripada halaman rumah HyunJong. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh HyunJong dan belum sempat dia bertanya sebab kenapa HyunJong menjauhkan dirinya daripada Namkyu, Namkyu sudah dihina olehnya dan perasaan sedih membuatkan dia tidak mampu berfikir apa-apa lagi.

Pada keesokan harinya, emak NamKyu menjumpainya terbaring di lantai biliknya. Badannya panas. Emaknya mula panik apabila melihat keadaannya sebegitu. Tanpa membuang masa emaknya menyuruh ayahnya menelefon ambulans. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan dengan secepat yang mungkin. Dia dimasukkan ke bilik kecemasan dan kemalangan dan dia berada di dalam bilik tersebut selama tiga jam. Emak dan ayahnya menunggu dengan perasaan gelisah bercampur sedih dan pilu. Adik perempuannya NamHyun duduk bersama-sama dengan emak dan ayahnya.

“Emak, abang NamKyu tak apa-apakan? Adik takutlah. Adik tak nak kehilangan abang.” ujar adiknya.

Dia pernah dikejarkan ke hospital sewaktu dia berumur lima tahun dan nasib baiklah keadaannya ketika itu masih okey lagi. Tetapi kali ini keadaannya amat teruk berdasarkan apa yang diberitahu oleh doktor kepada keluarganya yang baru sahaja keluar dari bilik tersebut.Keluarganya semakin panik setelah doktor memberitahu keadaannya kepada keluarganya.

“Puan, Tuan saya minta maaf. Keadaan anak puan semakin tenat dan saya mencadangkan keluarga tuan, puan membuat persediaan dengan awal kerana anak puan, tuan tidak mempunyai banyak masa lagi.”

Emaknya tidak dapat menahan kesedihan yang menusuk ke dalam kalbu hatinya dan air matanya tidak berhenti membanjiri pipinya yang putih dan kurang kedutan. Adiknya pula, NamHyun duduk di pangkuan ayahnya yang cuba menahan kepiluan di hati mereka.

“Puan,tuan boleh melawat NamKyu tetapi jangan memberi sebarang tekanan kepadanya.”

Setelah mendengar kata doktor sebentar tadi, emak NamKyu cuba menahan air matanya dan cuba untuk mengukir senyuman di pipinya. Ayah serta adiknya pula menahan kesedihan di hati mereka. Tanpa membuang masa mereka semua memasuki ward NamKyu.

“Ayah, Emak, Adik. Saya kat mana nie. Kenapa saya berada disini?” soalnya dengan suara yang lemah lesu tak bermaya.

“Kamu dekat hospital sekarang. Kamu terbaring dekat lantai bilik kamu dan kamu tidak sedarkan diri langsung.”

“NamKyu, ayah nak beritahu kamu sesuatu yeyapi kamu berjanji kamu akan kuatkan diri kamu.” tambah ayahku.

“Doktor membagi tahu ayah bahawa keadaan kamu semakin tenat dan mereka tidak dapat mencari sebarang penyelesaian untuk membantu kamu. Doktor turut memberitahu ayah bahawa kamu hanya ada masa dalam beberapa hari lagi…” ayah cuba untuk menamatkan ayatnya dengan perasaan yang sangat sedih.

“Doktor memberitahu emak yang kamu tidak perlu pergi kesekolah lagi kerana keadaan kamu sangat lemah sekarang ni. Esok emak akan memberitahu pihak sekolah kamu yang kamu tidak akan menghadirkan diri ke sekolah lagi.”

“Emak, tolong suruh pihak sekolah merahsiakan perkara ni daripada kawan-kawan Kyu terutamanya HyunJong kerana Kyu tak nak mereka berasa sedih dengan Kyu. Nanti Kyu akan menjadi beban terhadap mereka. Kyu tak naklah mak.”

“Baiklah Kyu. Mak akan menghormati segala permintaan Kyu.” ujar mak NamKyu yang kemudiannya tidak dapat menahan kesedihannya dan sekali lagi air matanya membanjiri mukanya.

Dia tidak dapat melihat keadaan emaknya dan setitis demi setitis air matanya jatuh berlinangan dan dia cepat-cepat mengalihkan kepalanya di sebelah kanan supaya ahli keluarganya tidak menyedari kesedihan yang dialaminya.

Dua hari sudah berlalu sejak dia dikeluarkan dari hospital, keadaannya semakin lemah. Mukanya semakin pucat. Pergerakannya semakin terhad kerana keadaan badannya yang sangat lemah. NamKyu terpaksa menggunakan kerusi roda jikalau hendak kemana-mana. Tentu kawan-kawannya tertanya-tanya kenapa dia sudah tidak dapat hadir kesekolah lagi. Tiba-tiba dia terfikir mengenai HyunJong. Apakah dia akan pergi mencari NamKyu? Apakah dia sedar ketidak hadiran NamKyu di sekolah? Apakah HyunJong akan bertanya kepada kawan-kawannya kemana dia pergi? Mungkin tidak. Sebab dia pasti HyunJong sangat membenci dirinya kerana HyunJong pernah memberitahunya bahawa dia sangat jijik di matanya.

Ketika NamKyu memikirkan tentang HyunJong, dia terkenang semula kenangan-kenangan yang mula pudar dari saat HyunJong memuntahkan perkataan menjijikkan dari mulutnya. Dialog tersebut terngiang-ngiang di fikiran NamKyu. Perjanjian yang pernah mereka berdua buat bersama bermain-main di fikirannya. Tanpa NamKyu sedari matanya mula tutup secara perlahan-lahan dan pandangannya mula kabur. Dia dapat melihat bayangan emaknya, ayahnya serta bayangan adiknya, NamHyun dan peristiwa ketika dia masih bersahabat baik dengan HyunJong dahulu membuatkannya merasa gembira dan kesedihan yang dirasainya mula pudar sedikit demi sedikit. Dan akhirnya badannya menjadi lemah dan dia terlena di dalam dunia kegelapan yang membuatnya merasa takut dan gelisah dan dia dapat mendengar suara emaknya memanggil-manggil namanya dan dia dapat mendengar tangisan emaknyaketika melihat dirinya tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

Dia dikejarkan ke hospital yang sama sebanyak tiga kali dan kali ini dia tahu bahawa masanya telah tiba dan dia juga tahu kali ini doktor pun tidak dapat menolongnya lagi.

“Minta maaf puan. tuan. Anak puan, tuan tidak dapat diselamatkan. Kami minta maaf. Hanya itu sahaja yang kami dapat lakukan. Keadaan jantungnya sudah berada di tahap ketiga dan sebarang pemindahan jantung pun tidak dapat menyelamatkannya.”

Emaknya dibawa perasaan kesedihannya dan kali ini air matanya membanjiri matanya dengan deras lagi dan badannya merasa lemah sehinggakan dia tidak larat lagi untuk berdiri. NamHyun mendekatinya dan cuba menenangkan emak NamKyu walaupun dia merasa kesedihan yang sama. Ayah NamKyu pula memeluk erat badannya dengan sepenuh kasih sayang dan air matanya mula gugur setitis demi setitis. Jarang ayahnya menangis dan kali inilah dia menangis dengan sekuat-kuatnya.

Seminggu telah berlalu sejak kematian NamKyu. Ketika emaknya hendak mengemaskan barang-barangnyadia terjumpa surat yang NamKyu tulis khas untuk HyunJong yang disimpannya di atas meja belajarnya. Tanpa membuang masa emaknya menelefon HyunJong untuk memberitahu HyunJong bahawa NamKyu ada meninggalkan surat untuknya.

“Hello, HyunJong ke bercakap ni?”

“Ya, saya HyunJong. Ni sapa?”

“Saya emak NamKyu dan ini HyunJong kan. HyunJong tahu tak bahawa NamKyu sudah meninggal dunia seminggu yang lepas.”

HyunJong berasa terkejut dengan berita kematiannya. Dia tidak percaya kerana baru dua minggu lepas dia berjumpa dengan NamKyu.

“Takziah saya ucapkan kepada mak cik dan keluarga mak cik.”

“Terima kasih.” ujar emak NamKyu sambil menarik nafas panjang agar dia dapat menahan kesediahannya.

“HyunJong. Boleh kamu datang ke rumah Mak Cik sebab mak cik terjumpa surat yang NamKyu tulis untuk HyunJong.”

“Baiklah Mak Cik. Sebentar lagi saya pergi ke rumah Mak Cik.”

Setibanya HyunJong ke rumah NamKyu, emaknya memberikan surat yang dijumpainya di atas meja NamKyu kepada HyunJong yang dijemput oleh emaknya masuk ke rumah lalu duduk di atas sebuah sofa berwarna merah. HyunJong dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh keluarga NamKyu. Selepas menerima surat tersebut, HyunJong secara perlahan-perlahan membuka surat tersebut dan kemudian membacanya.

Kepada sahabatku HyunJong,

HyunJong di saat awak membaca surat ini mungkin aku sudah tiada lagi di dunia ini. Awak mungkin terkejut mendengar berita kematianku. Aku merahsiakan penyakitku dari kecil lagi dan aku tidak mahu memberitahu awak mengenai penyakitku. Doktor pun tidak tahu apa sebenarnya penyakitku. Yang kutahu badanku berasa lemah sejak kecil lagi.

Sekiranya aku bersalah kepada awak, aku ingin memohon maaf kepadamu.Sekiranya aku pernah menyakiti hatimu aku meminta maaf. Dan aku tidak menyalahkan kamu terhadap persahabatan yang kita ukir bersama sampai ke penghujungnya. Saya tidak tahu mengapa kamu memberitahu saya amat menjijikkan, walaupun saya terasa amat sedih di atas peristiwa tersebut, namun saya tahu kamu ada sebab tertentu dan saya tidak pernah merasakan bahawa kamu bersalah dan saya memaafkan kamu.

Walaupun aku tidah tahu apa sebabnya kamu menjauhi dirimu dariku, namun aku amat berterima kasih kepada dirimu yang sudi menjadi teman baikku sejak kecil lagi dan segala peristiwa kita berdua dahulu yang kita coret bersama.

Akhir sekali, saya harap kamu akan memaafkan ku sekiranya aku bersalah terhadap dirimu.

Tanpa disedari, HyunJong mula menitiskan air matanya setitik demi setitik dan air mata tersebut mula membasahi pipinya.

NamKyu maafkanlah diriku. Aku menjauhkan diriku daripada dirimu kerana aku tidak ingin orang mengucapku mengadakan hubungan sejenis denganmu. Kawan-kawanku sepasukanku menyalah anggap persahabatan yang kita jalani. Mereka tidak ingin aku rapat dengamu. Kalau aku masih berkawan denganmu mereka akan memulaukanku kerana mereka tidak mahu berasa malu. Aku tahu aku amat mementingkan diri sendiri. Aku melupakan persahabatan kita demi impianku. Aku tidak tahu kau menderita selama ini dan meniggalkan kau dengan seribu satu persoalan yang kau tunggu selama tiga tahun untuk mengetahui jawapannya. Aku memohon maaf kepadamu NamKyu kerana kau meluapakan segala janji yang kita ikrarkan bersama dan melupakan persahabatan kita demi impianku serta sikapku yang mementingkan diri sendiri. Andai kita boleh kembai ke masa dahulu, aku pasti aku tidak akan mengorbankan persahabatan yang kau masih simpan di dalam ingatanmu. Selamat tinggal NamKyu……